Terutamanya tentang hati dan perasaan; cinta. Lebih-lebih lagi tentang cinta. Banyak, banyak sangat kata-kata cinta yang boleh kita petik.
Tapi kita lupa, hidup ini adalah satu pelaburan (perjudian itu sudah biasa dengar). Apa yang kau labur hari ini, entahkan esok untung atau tidak. Kerja kita bukan meramal dan memastikan kita akan dapat kembali pulangan pelaburan. Tidak, itu bukan kerja kita.
Kerja kita cuma usaha. Dan terima kenyataan realiti itu mungkin terlalu pahit tapi kita tiada pilihan; harus telan sahaja sekalipun muka sudah hijau mahu muntah. Terima, belajar untuk terima akibat daripada setiap perbuatan. Baik atau buruk.
Cinta itu macam permainan catur. Kalau kita berhati-hati sangat, permainan tidak akan atau lambat sangat habis sampai boleh jadi bosan. Kalau kita leka, permainan cepat sangat habis pula.
Hari ni kau cakap kau mahu jatuh hati pada orang yang sukakan kau. Esok lusa, kau nampak satu kelibat dan hati kau terpaut tak mahu lepas. Nah, itu sudah jadi macam mana pula?
Soal hati sangat rumit. Usah, usah tunjuk lagak kau paling kuat dengan meletakkan syarat. Takut nanti kau tersungkur, terus rebah tak mahu kebah.
Soal cinta itu soal pelaburan. Kau tahu bukan apa yang kau sedang pertaruhkan? Hati kau. Kalau belum sedia, jangan gatal-gatal baling pancing. Tapi kalau kau berani mahu rasa perasaan itu, kau tutup mata dan ikut iman.
Jangan tambah sulitkan keadaan. Nanti kau yang mual.
Kawan, usah leka memetik kata pujangga. Kisah cinta mereka (aku pasti ada) sudah lama selamat. Tetapi kisah kita (kau dengan pilihan kaulah. Kta sama jantina, mana boleh cipta sejarah antara kita. Aku takut dipanah petir), kita sahaja yang lakarkan. Mahu terbuai rasa, silakan.
Cuma, jangan lupa pertaruhanmu itu. Itu sahaja pesan aku.
Sent from my iPad
3 comments:
:) meh, salin buat ingatan untuk diri. :) terima kasih ucu. hhihihi.
suka! :D
dayya: salinan utk kita semua
syud: tengkiu
Post a Comment