Thursday, April 21, 2011

search engine optimization (SEO). ala senang cerita, ini adalah cara untuk tabur keyword-keyword dalam entri blog supaya naik mencanak dekat search engine. Google contohnya.

aku dulu masa jadi ghostwriter, pernah la buat benda ni. bukan susah pun tapi aku tgk sampai ada orang namakan diri sendiri SEO consultant. gelik pulak rasanya sebab mengenangkan benda tu mudah sangat. apa sangatlah yang ada pada SEO.

contohnya begini, aku dapat job menulis tentang glazed door. dalam 500-700 patah perkataan, aku perlu ulang-ulang sebanyak 12-15 kali. panjang juga la 500 patah perkataan tu. kita bercakap tentang membuat kerja, bukan menulis blog. kalau menulis ikut suka hati, sesedap rasa, mungkin tidak sukar.

itu tentang kerja aku. kalau nak buat SEO dalam blog tidaklah susah sgt. macam hari ini, ada kata carian 'agnes keith' house dalam blog aku. kalau aku nak kasi naik trafik, apa yang aku perlu buat adalah campak 'agnes keith' banyak-banyak dalam satu entri. seperti perenggan ini di mana aku sudah ulang 'agnes keith' dua kali. baik, yang itu nombor tiga.

aku faham bagi orang-orang yang perlu mencari duit lebih melalui blogging cthnya mahu kumpul duit pergi bercuti atau amil lesen menyelam (yang itu aku. sesiapa yang teringin nak menderma, silalah tinggalkan komen di akhir entri). mungkin dengan adanya SEO, makin banyak trafik yang masuk ke dalam blog korang. dan aku share tips ini juga bukan apa, supaya tiada lagi orang tiru-meniru, cantas-mencantas.

untuk dikenali dan menghasilkan entri yang bagus, bukan mudah tahu? kena ada ilmu, mesti peka sedikit. nak makan pun susah, apatah lagi nak jana trafik. kentut aje yang senang dalam dunia ini. itupun tak berapa nak senang kalau berada di tempat awam.

jadi, kepada bloggers baru yang teringin nak dapat duit berkepuk-kepuk dari pengiklanan, mungkin tips ini boleh digunakan. mungkin sahaja tahu? aku tak buat empty promises.

ben, maaflah ben, ini pun tips juga. heee.

2 comments:

Hidetoshi said...

hahaha, ini blog kau, ucu.

yang paling aku panas biasanya tips tentang pasangan, 10 tips menggoda pasangan anda, 10 tips mengenali hati budi si dia. crap!

Unknown said...

ben: haha itu mmg tak boleh blah. rasa nak tomoi. tak pun kenalkan penumbuk kau dengan tulang pipi dia kan?