Disclaimer: aku ni, kalau boleh, semua benda pun nak komplen. Jadi kalau rasa tidak mampu tahan, bolehlah berhenti di sini.
Ya, aku tahu aku terlewat bercakap tentang filem ini. Slipped disc tidak memungkinkan aku duduk setempat lebih daripada 15 minit sebelum ini maka ini sahajalah peluang yang aku ada kerana sudah sembuh sedikit. Mungkin minggu depan sudah tamat tayangan maka sebab itulah aku bergegas hari ini.
Aku sangat banyak komen bila sampai filem kita. Bukan kerana aku benci, sebabnya aku sangat mahu melihat hasil yang berkualiti. Zaman-zaman Pakcik Yusof Haslam sepatutnya sudah lama berlalu. Maka, untuk filem ni, untuk cubaan yang pertama bagi filem bergenre epik, ia sangat bagus.
Aku sukakan syot-syot yang cantik. Serius. Syot di Goa aku rasa cukup artistik. Dan bahagian di Goa itu aku paling suka sebenarnya. Nampak ada rupa pasar, rupa orang awam seronok nak tengok orang gaduh. Tahniah kepada pengarah dan team beliau. Yusry KRUlah, siapa lagi.
Ada sebab sebenarnya mengapa aku sangat mahhu tonton cerita ini. Kerana salah seorang penulisnya adalah Amir Hafizi. Dan benar, skripnya tidak mengecewakan. 'Nakalnya' bertempat (contoh: apa salahnya mengintai di bawah tudung saji?).
Dan skrip untuk yang lain juga boleh tahan hebat. Ada satu part bila seseorang sound Putera .rom, why are you wearing a skirt, boy.
Dan Nell Ng: (To Merong) this one is tall and muscular. You will get strong boys with this one, princess (lebih kuranglah)
(To Roman Prince) this one is not so muscular but you will get pretty daughters with him. Lebih kuranglah apehal pulak aku nak ingat skrip sebijik-sebijik.
Aku tiada masalah dengan Stephen Rahman-Hughes kerana Merong sememangnya bukan orang Melayu (aku pernah terbaca orang mempersoalkan pemilihan beliau). Dan lakonan beliau tidak menyakitkan mata. Lucunya memang lucu, angkuhnya kena dan permainan emosi diwajah memang nampak. Setakat dalam filem tadi, pembawakan jiwanya aku rasa.
Ummi Nazeera, memang dari Hantu Kak Limah aku sudah kagum dengan dia. Tidsk perlu aku ulas dengan lebih lanjut. Sekalipun scene berpisah (semasa Merong mahu belayar) itu tidak penuh dengan drama, ia cukup mengesankan.
Dato' Rahim Razali memang hebat seperti biasa. Tapi maaflah. Aku memang gelak juga tengok rupa dah macam Simba The Lion. Tetapi mungkin karakter itu memerlukan beliau bersolek begitu (kan aku dah ckp aku suka komen). Kalau nak dibandingkan Puteri China dengan Nell Ng (inang), aku lebih suka Nell Ng. Ntahlah, letak Puteri China sebelah pokok, pokok lagi hebat berlakon dari Puteri China, bagi akulah. Nell Ng yang banyak menyelamatkan keadaan, rasanya. Paling lawak masa dia pura-pura mati. Dan: I know his weakness. The Mawas man. Haha comel tak comel la Nell Ng.
Craig Robert Fong memang bermuka keras seorang Admiral. Tetapi, bila semakin jauh ke dalam filem, loghatnya sudah jadi loghat UK. Di situ, ia sudah jadi aneh sedikit. Tetapi inikan percubaan pertama? Jadi ia satu usaha yang boleh dibanggakan.
Lepas tu haha apa citer Putera Rom ada loghat UK? Kalau askar-askar Rom mungkin diambil dari luar negara, kalau ikut sejarahlah. Slacklah kat situ.
Khir Rahman tak perlu lagi kita bincangkan tentang keupayaan beliau. Wan Hanafi Wan Su juga hebat.
Skor muzik filem ini memang kena. Maklumlah, dari Philharmonik kan? Tetapi yang aku rasa macam nak tomoi adalah suara narrator dia. Aku cukup anti betul kalau orang bercakap macam lubang hidung melekat dekat mic. Bising please cara percakapan begitu. Habis semua huruf kena telan.
Bagi aku, set untuk filem ini tidak dibuat secara cacamerba. Ini aku paling duka. Dan tentang cermin dan Archimedes itu, ya, memang ada dinyatakan bahawa ada pihak yang mencuba teori atau perlakuan Archimedes yang satu itu. Oke kalau sebuah filem berjaya buatkan aku Google benda-benda macam ini, memang sungguh ia memberi impak pada aku.
Dan jangan lupa, orang-orang seperti Archimedes memang digelar ahli magik dahulu. Dialog mereka memang kena.
Secara keseluruhannya, aku suka sangat cerita ini. Ya, kalau boleh aku mahu tonton lagi. Tak puas rasanya meneliti filem ini. Dan cerita ini membuatkan aku tertarik untuk menggali lebih dalam siapakah Merong Mahawangsa sebenarnya. Apakah ceritanya?
KRU, teruskan usaha anda. Jangan berhenti.
Filem ini saya beri 4 daripada 5 pau kari ayam.
Sent from my iPad
5 comments:
sangat setuju. Lepas keluar panggung rasa macam nak masuk balik. haha.:P
saya setuju.. cuma kalu tgk pada detail CGI dan pencahayaan, ia masih nampak ada yang tak cantik..
dayya: itulah tapi nak masuk balik bukan ada apa pon
mr_risal: kan? masih ada room for improvement.
saya tonton dua kali. tapi takyahlah kali ke-3 sebab dua kali dah cukup buat saya hafal skrip. :))
sama macam ucu. tapi kasi lebih sikit. 4 1/2 (saki baki) dari 5 pau ayam! HAHAHA
sebab?
it's a good movie. better daripada magika. although saya lebih suka PGL ;)
syud: wah! yang lagi separuh tu ai makan eh?
Post a Comment