kita sedar atau tidak bahawa dalam setiap peperangan di mana kerajaan cuba untuk melemahkan tentera penentang, buku adalah benda pertama yang dimusnahkan. kenapa? kerana penulisan adalah senjata paling utuh untuk memecah tembok pemikiran setiap umat yang terseksa. betul bukan? kerana mata pena itu lebih tajam daripada mata pedang.
nah, dengan bukti tersebut, haruslah kita berhenti seketika dan renung apa yang kita tulis. kerana penulisan ini mungkin adalah catatan hati yang cacamerba (bagi kau) tetapi selagi ia masih tersimpan, ia merupakan satu hadiah atau harta untuk generasi yang akan datang. tidak kiralah dalam bentuk apa kau simpan tulisan itu. foto, blog, diari atau apa sahaja.
sekarang, papan kekunci di tangan kamu (atau mungkin apa sahaja bentuk media untuk menafsirkan bait kata yang difikir entah sejak bila ke dalam bentuk catatan elektronik). kau buatlah pilihan sendiri samada kau mahu rekod sesuatu yang berfaedah ataupun sekadar mahu merapik, mengacah-ngacah, mencabar logik akal dan tuntutan agama.
pilihan kita tidak salah; kalau ikut critical thinking. kita boleh ambil semua yang baik dan tinggalkan yang buruk sahaja. atau kita bahagi sama rata antara kita dengan generasi depan.
tetapi ingat. setiap perbuatan ada akibat di kemudian hari. baik atau buruk, itu kita tidak tahu.
dan jangan juga lupa bertanya pada diri sendiri; mahu tinggal kaca atau permata untuk generasi kemudian.
No comments:
Post a Comment