Monday, April 18, 2011

peringatan: kali ini nada aku menulis di sini lembut sedikit. kalau geli, sila muntah tempat lain. 



saya memang ada satu tabiat yang kadang-kadang buat orang pening kepala. entahlah, dari budak sampai sekarang, memang sukar berenggang dengan buku. ingat lagi dulu-dulu, abang selalu marah.

' kau ni nak makan ke nak baca buku?.' takut juga berhentilah sekejap. kemudian, bila nampak abang sudah hilang, sambung balik baca. memang degil.

sekarang, sudah tua bangka pun begitu juga. ingat lagi tahun lepas bila waktu makan tengahari. bos masuk ambil air di pantri. saya kalau dah membaca huiiiii memang Jared Padalecki lalu kat belakang pun memang dah tak perasan.

' do you want to read or you want to eat?'

oke. kena lagi sebijik. tutup buku perlahan-lahan kemudian sengih. sekali bos join makan sekali pulak. alah, lemah betul.

serius saya rasa hobi saya ini tidak akan mendatangkan mudarat hinggalah...

pagi itu, macam pagi yang sebelumnya (dan diharapkan pagi yang akan datang), saya membaca dengan kusyu' di dalam tren. selalunya saya berdiri hingga ke KLCC tetapi hari tersebut, bertuah pula dapat tempat duduk. maka, saya pun duduklah sambil membaca Interesting Times tulisan Terry Pratchett. bila sudah duduk, saya tahu bahawa saya akan jadi tidak peka pada keadaan sekeliling tetapi saya pesan pada diri sendiri: kalau ramai orang turun, maka sudah sampai stesen KLCC.

dari Pasar Seni, saya duduk dan membaca dengan kusyu'. telinga sudah tidak dengar pengumuman. kemudian, stesen berhenti. saya tidak sedar sebenarnya hinggalah saya nampak koc sudah lengang.

tak sempat saya bangun, pintu koc sudah tertutup.

' Stesen berikutnya, Ampang Park.'

ah sudah terlepas. terkena saya kali ini.

No comments: