Monday, April 25, 2011

semasa di perhentian tempoh hari, kami ikut aktiviti dengan budak-budak politeknik daripada terengganu. lebih ramai lelaki daripada perempuan. biasalah. ada yang ambil kesempatan untuk beramah mesra dengan perempuan manakala yang lain-lain lebih suka buat hal sendiri; tolak-menolak dengan rakan-rakan lain. biasalah, seronok tengah laut.

aku lupa untuk ingatkan budak-budak perempuan itu bahawa sekalipun rakan-rakan mereka ada yang hensem (mereka jauh lebih muda dari aku jadi. sekadar beritahu), eloklah mereka tapis dengan elok budak-budak ini sebelum dijadikan teman.

yang aku selalu perhatikan, setiap kali makan, yang lelaki ini akan berkerumun dekat dengan tray. kalau dah budak-budak nak membesar (mereka kelihatan di antara 19-22 tahun), memang mereka makan banyak. tidak, aku tidak marah pun. eloklah makan banyak untuk tumbersaran mereka.

cuma satu perkara yang buat aku serius nak lepuk mereka ini adalah mereka tak mahu beri peluang langsung pada budak-budak perempuan. bukanlah ramai sangat, lima orang sahaja. apa salahnya beri mereka ambil makanan dulu. lepas tu, korang nak makan dengan tray itu semua sekali pun tiada yang kesah.

bukan semua budak lelaki dari institut itu yang begitu. ada dua orang yang aku lihat 'semenggah' sedikit. daripada nak naik bot, turun bot...selalunya yang berdua inilah yang aku lihat banyak sangat beralah. kalau nak makan, mesti agihkan pinggan pada kawan-kawan perempuan. termasuklah aku sekali.

tapi itulah. budak-budak lagi. cuma, kan elok kalau daripada usia yang muda sudah biasa beralah dengan perempuan? tak jatuh pun darjat lelaki.

sekadar berkongsi dengan gadis-gadis di luar sana. ya, saya masih mencari.

2 comments:

.drakula. said...

lelaki sememangnya ego...

Unknown said...

republik aku: semua orang pun ada ego kot :)