Saturday, April 09, 2011

Ini kali pertama pergi sendiri. Disebabkan keadaan pinggang yang baru sahaja mahu kebah, tidak elok duduk di dalam bas selama 9 jam. Patah riuk badan nanti.

Maka, kami pun diterbangkan ke Kota Bharu dengan khidmat Firefly. Boleh sebenarnya menuju ke jeti Kuala Besut melalui Kuala Terengganu tetapi turun di Kota Bharu adalah lebih mudah. Lemau juga dibuatnya bila berlaku miscommunication dengan orang di sana. Nasib baik sampai juga akhirnya pada jam 1 tengahari. Bau jeti lain sikit dari bau laut tetapi tidak mengapalah. Terlalu teruja sampai rasa nak terbang ke pulau.

Memang penantian merupakan satu penyeksaan. Tunggu teksi sudah satu jam (tambang satu hala adalah RM 30 seorang. Sah untuk 2011). Kemudian, perjalanan selama lebih kurang setengah jam ke jei pula. Dari jeti menghala ke Perhentian pula dalam sejam. Tambangnya kurang pasti kerana sudah termasuk dalam pakej.

Sungguh. Rasa sungguh tidak sabar. Macam rasa nak pegi dating pun ada (haha apa jadah nak dating dengan pulau). Tapi serius, sungguh tenang tengok alunan ombak. Betul-betul rindu.



Ini video kami mencari penyu di sana. kalau dengar betul-betul suara latar sedang cuba mengajar budak-budak melompat turun dari bot ke dalam laut. bukan turun menggunakan tangga. 
Siapa yang tidak akan rindu tengok pemandangan sebegini?

No comments: