Monday, April 25, 2011

kadang-kadang, blog juga boleh dipelbagaikan sebagai papan iklan. baik, tahulah di sebelah kiri eh kanan ada papan iklaneka tapi iklan yang ini tidak boleh tulis di bahagian tepi. kecil sangat. yang ini perlukan promosi yang lebih besar.

kapasitor sudah ada kedai. sungguh. tak tipu. tetapi kedai ini online sahajalah (ha hambik kau sepanjang alam aku kasi link). apa ada di kedai yang dipanggil kapaStore itu? setakat ini tayar belum ada lagi cuma ada buku-buku yang dijual pada harga serendah RM 5. RM 5 sahaja, betul. makan waktu tengahari pun tidak semurah itu (err itu kalau beli. kalau bawa bekal tak kira).

mula-mula kita ada kumpulan cerpen daripada Johari Rahmad yang bertajuk Urusan Seri Paduka Baginda. Jika anda peminat jojo, pasti tahu akan ketangkasan ayah Naquib Nawfal ini menulis. memang tergamam dibuatnya. Yang aku paling suka di dalam koleksi ini adalah 'Rektum Yang Menjadi Mangsa'. Yang lain itu tidak kurang hebat cuma cerita yang satu itu paling aku suka.

karya Aisya Iryani atau kunangkunang ini pula berkisar tentang cinta. sebelum korang muat turun ebook bertajuk Antara Benua ini, aku cadangkan silalah sediakan tisu siap-siap. takut nanti basah papan kekunci komputer atau telefon. bersedialah untuk dibuai perasaan dek tulisan kunangkunang.

kemudian, kita ada pula kumpulan cerpen ehem...err..tuan tanah yang bertajuk Teori Pavlov Si Syaitan. Nak cakap banyak tak tahulah. jadi apa kata kita teruskan dengan Tabir Khaizuran pula?

Ya, jejaka ini mengumpulkan tulisan-tulisan beliau di dalam ebook yang bertajuk Sketsa Syahdu. Maksudnya, kita ada dua penulis yang bakal membuai rasa. Aisya Iryani dan Tabir Khaizuran. sentuhan mereka berbeza tahu? mahu tahu, mestilah dapatkan dulu, betul tak?

hanya RM 5. murah kan?

No comments: