perihal kenangan
memori, kalau nak diikutkan, boleh membunuh dan dalam masa yang sama, memberi nafas baru kepada seseorang. kenangan manis memang jadi kesukaan ramai. sama seperti gula-gula, siapa yang tidak suka.
kenangan pahit selalu tidak mahu diingat-ingat. siapa rela ingat kenangan kena paksa peluk pokok dan jerit 'i love you, pokok!' supaya satu sekolah dengar? pasti tidak mahu.
begitulah juga dengan sekarang. aku dihantui kenangan pahit. kenangan saat harus meringkaskan berita berkaitan rokok pada client di syarikat. yang satu baris pun mahu dimasukkan dalam laporan. nama tukang buka kotak rampasan pun mahu. kalau boleh, tukang jaga setor simpanan kotak rokok yang dirampas di kastam pun mahu, agaknya.
waktu itu sudah tiba. waktu untuk dilatih sekali lagi.
cabaran. itulah.
2 comments:
kenangan itu semalam dan hari ini adalah sejarah esok adalah harapan
ah sama mcm slogan kat sekolah dulu, uchi kay-f@hmad
Post a Comment