Wednesday, April 20, 2011

Perihal blogging

Dulu-dulu, lima tahun dulu, orang kalau blog, cerita tentang tadi makan apa, bangun pukul berapa, lepas makan buat apa, makan tu, pinggan serpih atau tak. Alah, macam diari gitu.

Sekarang bukan macam dulu. Sesetengahnya, menulis hanya kerana mahu kejar populariti. Aku orang lama. Aku tak pasti glemer zaman sekarang bentuknya bagaimana. Mahu banyak klik supaya nuffnang dan maxis kasi job, mungkin. Tidak, tak salah kalau begitu.

Tapi pls, jangan sampai tiru content orang. Copy-paste dan buat muka sardin. Ataupun tiru idea orang. Dia nak cerita pasal usu manusia, kau pun sama. Konon, kau hebat tahap kalau baca terburai usus ( ye aku tau tade kaitan saja nak buat penyendal entri). Ceritalah pasal esofagus ke, dermis ke, iris ke. Atau cara-cara menyediakan satay perut lembu ke (aku lapar ni).

Atau tiru style orang. Hanis Zalikha glemer, semua nak tiru dia. Nak blog mcm dia, nak tulis entri macam dia. Pipiyapong bercerita gitu, ramailah nak tulis macam itu.

Percaya cakap aku, tak jadi. Feel dia lain.

Sekalipun blog-blog lima hingga ke tujuh tahun dulu macam diari, aku rasa entri dia lebih jujur dan ikhlas dari sekarang. Sebab dia peduli apa orang lain fikir apa. Itu ruang dia, diri dia. Tak suka, dia sudah ingatkan kau untuk berambus jauh-jauh. Aku tak tipu, dulu memang ada disclaimer 'if you don't like what you are reading, kindly click on the 'X' sign on your upper hand side'.

Sekarang yang aku lihat bukan begitu. Sudah lain. Kebanyakan (bukan semua) mahu dikenali. Yelah kalau content best maka akan adalah pepatah 'harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan blog yang vast'.

Susah sangat nak jumpa yang betul-betul ada 'jiwa' yang ikhlas dalam penulisannya. Kalau ada, aku berharap hari-hari mereka ini tidsk akan berubah.

Jadi cheers kepada bloggers yang stay true to themselves. Korang rocks my socks!
>

6 comments:

Hidetoshi said...

sekarang blogging nak trafik ja, duit punya pasal. tu yg tips sana tips sini.

bangang

Unknown said...

huhu. doakan saya terus berblog seikhlas yang saya mampu. Doakan saya tak delete entry lagi. Doakan hati saya tetap untuk tak peduli pandangan orang. huhhu.

blur12 said...

ehem. seb baik aku tak terase :D

s.c.h.u.l.t said...

ucu rocks my heart! ;)

Unknown said...

bento (glemer sgt ni nama kau): tips tu aku tak kesah sgt. kalau tips bangang tu yang aku kesah.

dayya: amin. saya sgt suka bog kamu :)

azrah: weih ini utk peringatan diri sendiri juga.

Unknown said...

syud: ye anda juga rocks!