faham?
sekalipun aku seorang perempuan, aku sebolehnya tidak mahu bercakap tentang perasaan; hubungan istimewa (mungkin sejak lps melepasi umur 25). dengan teman baik sendiri, aku jarang benar berbual tentang hati dan perasaan dia. aku tidak pernah tahu sejak bila dia berteman, aku tidak pernah tanya. aku tak mahu sebab kalau aku mulakan, ia akan menjadi satu tabiat.
kerana perihal hati dan perasaan itu sebenarnya adalah satu perkara yang tidak berhaluan.
kerana ia akan berpusing-pusing. mungkinkah begini? atau begitu? beginikah? tiada penyelesaian.
sebab itu, bagi aku, kalau sudah berakhir, sudahlah. jangan disebut-sebut lagi. jangan diulang tayang berkali-kali. tak ada faedahnya pun. semua sudah jadi sejarah dan bekas, ataupun calar yang tak nampak. dan calar itu tetap akan ada. kau hidup, dia hidup. itu sudah cukup.
bukan aku tak mahu jawab. bukan aku tak mahu bercerita. tetapi aku berasakan hidup ini pendek sangat. apa yang dikecohkan sangat mahu beri tumpuan pada satu benda? bagi aku sia-sia.
kau mahu bicara tentang dia? dipersilakan. tetapi biarkan aku begini. biar senyum aku, bak kata kau 'sungguh misteri'. s
kau mahu bicara tentang dia? dipersilakan. tetapi biarkan aku begini. biar senyum aku, bak kata kau 'sungguh misteri'. s
No comments:
Post a Comment